Saturday, October 20, 2012

Togehterness



"Sometimes the thing that brings us together also pulls us apart. Sort of like zipper"
[Jarod Kintz]
/1/
Sememangnya cerita kita di dunia ini berjalan dengan kisah-kisah yang sangat berbeza.
Ada yang ceritanya sangat menarik seperti cerita yang disusun indah dalam kisah-kisah dongeng. 
Ada pula cerita yang sangat sadis sehingga saya bertanya-tanya tidak ada satu pun kah doanya yang dimalbulkan Tuhan?

/2/
Cerita saya berada di tengah-tengah cerita yang sangat sempurna dan cerita yang sangat sadis. 
Setidaknya, sudah banyak kali doa saya dikabulkan Yang Maha Esa.
Cuma, cerita di babak cinta sepertinya saya tidak berapa bertuah.
Mata saya seperti tidak ingin berkedip bila melihat jalan cerita kawan-kawan lain di dalam babak ini berjalan dengan sangat smooth sedangkan saya kelihatannya sangat sukar. 
Ceritanya seperti saya mengharapkan dua insan di dalam gambar di atas untuk disatukan Tuhan hanya kerana saya menginginkannya demikian. 
Mungkin begitu jugalah cerita cinta saya; di mana saya mengharapkan orang yang tidak sepadan dan tidak sepatutnya untuk bersama saya.

/3/
Sampai ke nafas yang ke-32 tahun ini, saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Mencipta.
Kata-Nya dalam wahyu-Nya, Dia Maha Mengetahui apa yang saya hamba-Nya tidak ketahui.



















Tuesday, October 9, 2012

Masih baik-baik saja



Tidak ada yang kelihatan sangat hebat dalam hidup saya waktu ini,
tapi syukur saya masih baik-baik saja.
Masih ada keluarga walau sedikit,
ada kawan untuk bertukar cerita dan ketawa,
ada kerja yang dihujungnya membuahkan penghasilan,
ada kereta untuk ke sana sini wara wiri,
dan di akhirnya ada rumah yang kecil untuk beristirehat.

Seperti kata A. Samad Said, 'jangan dilihat apa yang tiada, lihatlah apa yang masih ada'
Jangan dilihat apa yang saya belum ada, tetapi lihatlah apa yang telah berjaya ada di dalam tangan saya. Walau tidak sehebat orang lain, tapi saya bangga memilikinya. 

Saturday, July 7, 2012

32 years of struggle


/1/
Walaupun tidak banyak yang dapat saya banggakan untuk usia sebegini 'lama';
saya tetap sangat bersyukur dengan segala yang saya punya.
Ya...saya juga pernah marah, rasa tidak syukur, cemburu dengan apa yang ada ditangan orang lain,
tapi di akhir hari sebelum saya menutup mata untuk tidur saya tetap ada waktu untuk memohon maaf dan kembali mensyukuri apa yang ada di dalam tangan saya.

/2/
Untuk umur yang 'sejauh' ini;
saya telah belajar banyak perkara.
Belajar bersyukur dengan sesuatu yang sebenarnya sangat sesuai untuk saya pada pendapat TUHAN.
Belajar sabar dengan segala kekurangan dan kesalahan yang saya sengaja dan tidak sengaja lakukan.

/3/
Walaupun tidak ada rumah banglo berbilik 10 yang saya boleh 'bragging about' di umur ini,
atau kereta berpintu dua buatan eropah yang hanya dapat saya parking kan di wallpaper komputer riba,
saya tetap masih mahu bertahan hidup; bukan kerana saya takut mati.
Untuk umur yang ke-32; saya masih bangga lahir dengan nama HASWIAH BINTI LAJU

Saturday, June 2, 2012

Pelik



/1/
Begitulah kita sejak 10 tahun yang lalu,
menyerahkan segalanya kepada takdir dengan sangat sedikit usaha.
Saya kira kita akan begini lagi sehingga 10 tahun yang akan datang,
hanya bersapa sekali-sekala bila kebetulan bertemu di alam maya,
bertanya bila lagi kita akan bertemu manakala hanya saya yang mengusahakannya. 


/2/
Kamu tidak penatkah berhubungan begini?
Saya kira cinta kita tidaklah begitu agung sehingga salah satu dari kita akan berlari ke airport, bought a ticket and fly to meet each other.
Mungkin juga kita hanya memaksa-maksa hati kita untuk terlihat setia dan menafikan pilihan-pilihan yang berkunjung sekali-sekala ke pintu hati kita.
Saya sudah sangat bersedia bila satu waktu kamu menghantarkan saya kad undangan dan pesan pendek; "Maafkan saya kerana berubah fikiran, dan tidak memilih kamu"


/3/
Saya ingin menceritakan kepada kamu bahawa ada satu masa hati kita akan berubah.
Satu waktu di mana semua rasa putus asa, penat, bosan, keliru dan sedih bersatu di dalamnya.
Sebelum waktu itu tiba, saya menyodorkan pilihan yang hanya perlu dua jawapan; ya atau tidak.
Dan saya tunggu jawapan kamu sehingga hujung tahun ini. 

Wednesday, May 30, 2012

Miss Complicated [?]



Saya sudah lama sedar,
bahawa saya adalah gambaran sebuah peribadi yang sangat rumit.
Sebuah peribadi yang tidak terbaca meski oleh dukun terulung sekalipun.
Itulah kenyataan yang saya terima seadanya.
Hakikat yang tidak pernah saya usahakan untuk mengubahnya.


Saya sering bersandar dengan kalimat "Let it happen naturally".
Mungkin kerana itulah banyak momen-momen yang saya kesali.
Banyak peluang-peluang yang saya lepaskan begitu saja.
Peluang yang sangat diharapkan oleh orang lain tapi tidak kunjung tiba.
Saat peluang itu mengetuk ke pintu saya;
saya dengan tidak berfikir panjang menyuruhnya pergi mengetuk pintu orang lain.


Saya memang peribadi yang sangat rumit.
Peribadi yang tidak pernah membiarkan peribadi orang lain mendominasinya.
Peribadi yang sangat tidak mesra tapi murah dengan senyuman.
Peribadi yang sangat diam dan hanya ramah dengan beberapa orang sahaja.
Peribadi yang kadang dibenci orang sekitar.
Tapi itulah saya, Miss Complicated yang dihadirkan Tuhan buat meramaikan bumi.
Dikirimkan melalui pasangan Laju-Hana

Pertemuan

"Aku berhenti berharap, dan menunggu datang gelap, sampai nanti satu saat, tak ada cinta ku dapat"

#1
Saya telah menyimpan kamu untuk jangka waktu yang sangat lama,
sehingga saya melupakan hak kamu untuk hidup dengan bebas,
dan hak saya untuk hidup dengan tenang tanpa membebani kamu.


#2
Maka hari ini,
mari kita sama-sama saling melupakan,
saling memaafkan diri kita masing-masing,
membebaskan apapun janji yang kita ikat dihati kita,
berhenti saling menunggu sedangkan hati kita sudah sangat letih.


#3
Kita akan baik-baik saja,
kita tidak akan mati hanya kerana perkara ini,
bukankah kita sudah sangat terlatih untuk menghadapi situasi ini?
Saya akan sentiasa menghantarkan doa yang terbaik kepada kamu,
Semoga kita akan bertemu lagi seperti pertemuan Adam dan Hawa di Jabal Rahmah.