Sunday, March 31, 2013

Jadi...

"Life is a tragedy when seen in close-up, but a comedy in long-shot"
[Charlie Chaplin]
Jadi,
saya masih lagi di sini; di sebuah bandar kecil,
tinggal di sebuah rumah yang kecil berbekal hati yang sepertinya semakin mengecut.
Segalanya kelihatan semakin tidak ada yang menarik untuk saya tunggu.
Saya sudah seperti jiwa yang penuh dengan kehampaan dan bernafas hanya kerana Tuhan masih menghendakinya begitu.

Jadi,
saya masih lagi seperti ini;
membelit beberapa orang yang sangat dekat dengan saya dengan beberapa kerumitan hidup saya.
Seperti yang saya selalu khabarkan, bahawa saya ini peribadi yang sangat rumit.
Sangat kompleks untuk orang lain ikut serta atau masuk dalam daftar hidup saya. 
Dan fakta itu berlawanan dengan falsafah yang pernah saya dengar bahawa hidup ini sangat mudah, cuma kita yang merumitkannya.

Jadi, 
akan begini sajakah hidup saya?
Bernafas dan menunggu mati?