Saturday, June 2, 2012
Pelik
/1/
Begitulah kita sejak 10 tahun yang lalu,
menyerahkan segalanya kepada takdir dengan sangat sedikit usaha.
Saya kira kita akan begini lagi sehingga 10 tahun yang akan datang,
hanya bersapa sekali-sekala bila kebetulan bertemu di alam maya,
bertanya bila lagi kita akan bertemu manakala hanya saya yang mengusahakannya.
/2/
Kamu tidak penatkah berhubungan begini?
Saya kira cinta kita tidaklah begitu agung sehingga salah satu dari kita akan berlari ke airport, bought a ticket and fly to meet each other.
Mungkin juga kita hanya memaksa-maksa hati kita untuk terlihat setia dan menafikan pilihan-pilihan yang berkunjung sekali-sekala ke pintu hati kita.
Saya sudah sangat bersedia bila satu waktu kamu menghantarkan saya kad undangan dan pesan pendek; "Maafkan saya kerana berubah fikiran, dan tidak memilih kamu"
/3/
Saya ingin menceritakan kepada kamu bahawa ada satu masa hati kita akan berubah.
Satu waktu di mana semua rasa putus asa, penat, bosan, keliru dan sedih bersatu di dalamnya.
Sebelum waktu itu tiba, saya menyodorkan pilihan yang hanya perlu dua jawapan; ya atau tidak.
Dan saya tunggu jawapan kamu sehingga hujung tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)