Saturday, December 25, 2010

Bohong

"Half a truth is often a great lie"
[Benjamin Franklin]

Untuk berbohong, kita tidak perlu melalui pendidikan formal di sekolah.
Tidak perlu mengikuti kursus panjang di universiti atau kolej.
Juga tidak perlu bersusah payah memanjat ke Tibet mencari mahaguru.
Bohong adalah pendidikan yang alami.


Saya juga pernah bohong.
Hmmm...pembetulan : selalu bohong bila situasi tidak mengizinkan.
Tidak ada manfaatnya berbohong; cuma kadangkala bercakap benar mengundang masalah.
Semasa kecil dulu saya bohong dengan ibu bapa.
Sekolah menengah [rendah dan atas], saya bohong dengan guru.
Masuk universiti, saya bohong dengan kawan-kawan.
Sesudah dapat kerja, saya bohong dengan bos.
...dan kebohongan itu berlangsung cukup lama.


Untuk setiap kebohongan yang ada,
percayalah ada alasan untuk semua kebohongan itu.
Seperti cerita "too beautiful to lie".
Saya juga adalah Young Ju yang terpaksa berbohong tapi ada hati yang murni.
Siapa sangka ya...???


nota masa depan :
My big lie is ; I never told my true feeling to all the people around me.
Kenapa??? 
Sebab saya tidak selesa dengan perasaan sendiri. 
I'm working on it right now.

Tuesday, December 14, 2010

Life with no regrets

"Kita dipertemukan oleh sepasang senyum, senyum diwajahmu dan senyum dimataku"
[Hasan Aspahani : Monolog senyum yang sederhana]

Saya mahu ayat itu dihujung hayat saya nantinya.
[Bahawasanya saya telah hidup dengan sepenuhnya, dan mati tanpa ada rasa 'regrets]
Namun ayat itu terpaksa saya lupakan kerana baru saja hidup saya berbau belasan tahun,
saya sudah mempunyai banyak momen-momen yang saya boleh kategorikan sebagai 'regrets'.
Dan yang menjadikan cerita hidup saya lebih sedih apabila di saat usia saya berbau 20-an dan 30-an,
saya telah mengutip terlalu banyak momen-momen yang tergolong 'mengecewakan'.

Saya mahu melupakan momen-momen itu,
terus menghapusnya dari ingatan saya dan dari ingatan orang-orang yang terkait dengan momen mengecewakan itu.
Namun sekali lagi saya harus bersedih, kerana semua itu jelas diluar kemampuan saya.

Friday, December 3, 2010

Hati saya di Pluto

"Follow your heart, but be quiet for a while first"

Tiba-tiba saya rasa seperti di buang ke Pluto.
Sendiri. Sunyi. Senyap. Sepi. 
Tiba-tiba saya menjadi begitu pendiam. 
Hampir tidak berbicara lebih seminit dalam sehari.
Anggota saya masih berfungsi dengan baik;
cuma mulut saya seperti berhenti bergerak.
Otak kanan saya bekerja keras, sambil otak kiri saya mengambil cuti rehat yang panjang.


Tiba-tiba dunia ini menjadi begitu sunyi bagi saya.
Kawan-kawan yang dulu tidak terhitung menjadi 'nil'.
Itulah sebab paling logik untuk saya men'delete' akaun FB saya.
Menutup HP dan apa jua laluan 'moden' untuk sampai ke saya.
Segalanya kelihatan seperti kembali ke zaman Adam dan Hawa.
Hanya ada flora dan fauna. 
Hanya ada langit, awan, matahari, bulan, dan bintang.
Hanya percaya bahawa ada Tuhan Yang Maha segalanya;
dalam mengatur alam dan saya yang hama ini. 
Saya akhirnya sedar, 
hati saya cukup kecil untuk menempatkan ramai orang.
Hati saya akan bengkak dan sakit nantinya;
jika saya benarkan semua orang masuk dan keluar sesuka hati mereka.


Dan akhirnya,
di sinilah saya sendiri.
Mengenang beberapa orang yang saya benarkan masuk sesuka hati mereka ke hati saya.
Mereka meninggalkan hati saya dengan pelbagai contengan, lukisan dan graffiti tidak penting.
Lukisan yang tidak indah dan mencacatkan 'wall' hati saya.
Contengan tidak penting yang juga tidak membawa makna walau saya melihatnya dari pelbagai sudut.
Graffiti yang awalnya kelihatan berguna dan diakhirnya saya dapati adalah mantera-mantera sihir yang menghitamkan hati saya.
Untung saja saya cepat menghapusnya dan mewarnainya putih kembali. 
Dan selepas itu, saya sudah tidak membenarkan lagi sesiapa memasukinya.
Hanya beberapa orang yang penting saya biarkan tetap di tempat asalnya.
Beberapa orang yang tidak pernah meninggalkan lukisan, contengan malah graffiti dihati saya.
Mereka hanya masuk dan ingin tinggal dihati saya tanpa syarat, tanpa usaha untuk meninggalkan jejak agar nantinya saya akan mengenang mereka sepanjang umur.
Mungkin kerana mereka tahu saya tidak akan melupakan mereka.


Saya sudah diberi pelajaran dan pengajaran;
bahawa saya tidak bersalah jika mengikuti intuisi.
Saya cuma perlu senyap seketika,
kerana itulah syarat utama untuk intuisi saya berjaya.


p/s :
Maaf semua jika kesenyapan saya mengganggu anda.
Saya hanya seorang warganegara yang bebas bersuara dan bebas untuk tidak bersuara.

Friday, November 26, 2010

Lucky [?]

"Is four leaf clover really a sign of lucky?"

Saya sudah lama sedar bahawa saya bukan seorang yang bertuah.
Lupakan dulu soal saya bersyukur atau tidak.
Yang saya maksudkan di sini adalah bertuah dari sudut yang lain.
Bertuah dari sudut 'cabutan bertuah'.
Sebab itu saya tidak suka ikut serta bila ada acara ini.
Alasannya cukup mudah;
hati saya sudah terlalu kerap kecewa kerana acara tidak seberapa penting begitu.

p/s :
Saya masih berharap saya akan bertuah di suatu masa nanti, di waktu yang tepat dan di tempat yang sesuai. 

Friday, November 19, 2010

The road not taken

"Two roads diverged in a wood, and I took the one less traveled by. And that has made all the difference"
[The road not taken by Robert Frost]

Mungkin itulah alasan yang sewajarnya.
Kerana jalan yang saya pilih adalah jalan yang tidak dipilih oleh orang lain.
Kerana itulah juga jalan itu sangat tidak terurus dan penuh dengan rumput.
Jalan itu pernah dilalui oleh beberapa orang saja sebelum ini.
Dan tapak jejak mereka masih bersisa. 
Rupa-rupanya mereka sengaja meninggalkan sedikit jejak.
Untuk nantinya saya yang mengambil jalan itu boleh tahu apa rasa yang mereka telah alami dulu.


Jalan itu tidak berpetunjuk.
Jalan yang terbiar dan sangat misteri.
Tapi kerana misteri itulah saya teringin melaluinya.
Jalan itu juga yang membawa saya ke tempat ini.
Jalan itu rupa-rupanya berakhir di pantai yang sangat indah.
Pantai yang berangin sepoi-sepoi.
Yang pasirnya putih dan airnya biru. 
Dan di horizonnya hampir tidak diketahui yang mana laut dan yang mana langit.
Saya kira disinilah saya ingin mengakhiri hidup saya.
Dewasa dan beransur tua.
Dengan disaksikan pasir, laut dan langit.


p/s :
Dulu saya mengajak 'dia' ke tempat ini tapi dia menolak.
Saat itulah saya tahu bahawa tidak ada saya dalam masa depannya. 
Saya saja yang penuh harap meletakkan dia dimasa depan saya.

Wednesday, November 17, 2010

Rumah dalam hati saya

"Hanok-Korean traditional house"

Ada satu laman kecil dalam hati saya.
Saya bina rumah yang sederhana di laman itu.
Biliknya ada tiga dan kecil-kecil.
Ruang dapurnya ada jendela besar;
supaya angin boleh sesuka hati singgah dan beredar.
Ruang tamunya juga sederhana tapi 'mesra'.
Tamunya juga tidak sebarang orang.
Mereka hanya orang yang rapat dihati saya.
Lamannya luas dan ada bangku rehat.
Di sana saya akan duduk rehat setelah bersara.
Sambil minum kopi dan membaca 'Tuesday with Morrie'.


Segalanya dalam hati saya ini sangat sederhana.
Rumah yang sederhana.
Kereta yang sederhana.
Pakaian yang sederhana.
Makanan yang sederhana.
Dan diakhirnya hidup yang sederhana.


p/s :
Tapi selalu saya menghadapi masalah kerana kesederhanaan itu.

Monday, November 15, 2010

Finally, I did it

"Have a little fun as you go through life"
[Zig Ziglar]


Antara Semporna dan Tawau,
Antara gembira dan sedih,
Antara 'excited' dan 'nervous',
Perasaan bergaul rata menjadi 'hambar'.


Saya bakal melalui jalan baru tahun hadapan,
Tapi jalan ke Bugaya saya tetap selalu ingat.
Saya akan bertemu rakan sekerja baru tahun hadapan,
Tapi rakan sekerja di Bugaya tetap yang 'terhebat'.
Saya bakal makan di kantin sekolah baru,
Tapi menu di kantin sekolah lama masih yang 'terenak'.
Saya akan melalui lorong-lorong baru tahun hadapan,
Tapi lorong-lorong di sekolah lama adalah lorong terunik yang pernah wujud.
Saya bakal mempunyai pelajar-pelajar baru tahun hadapan,
Tapi pelajar di Bugaya tetap ada yang saya tidak boleh lupai.


Saya bakal melalui pengalaman baru, tempat baru, kawan baru, pelajar baru dan jalan baru tahun hadapan. 
Tetapi Bugaya tetap 'sangat istimewa' dan 'tersendiri'.
Kenapa?
Kerana Bugaya adalah 'yang pertama'.
Posting pertama.
Kelas pertama.
Pelajar pertama.
Tugas pertama.
Gaji pertama.
Dan seperti 'cinta pertama' yang tidak terlupakan,
begitu juga dengan tempat ini.
Bugaya tetap akan menjadi 'cinta pertama' saya.
Saya akan selalu memulai bicara dengan ;
"Dulu, sewaktu saya di Bugaya, bla....bla....bla...."
Bugaya akan menjadi rujukan saya dalam apa isu sekalipun.
Terima kasih semua yang pernah menjadi sebahagian dari saya sewaktu di Bugaya.


p/s :
Khas buat rakan sekerja di Bugaya yang sentiasa membantu dan menjaga saya.
Dan pelajar Bugaya yang pernah saya ajar, semoga ilmu yang sedikit itu bakal membawa kebaikan seumur hidup.

Saturday, November 13, 2010

Antara dua cinta

"Dalam makna apapun kata 'cinta' itu akan lenyap maknanya bila dipakai berlebihan" 

Semporna adalah 'cinta pertama' saya.
Cinta yang sebulan menjadi 30 tahun.
Semporna tetap kelihatan lebih hebat dari mana-mana tempat di dunia ini bagi saya.
Saya masih tetap 'cinta' walaupun ramai yang berkata Semporna daerah mundur.
Saya masih mahu bermukim di Semporna meskipun banyak kekurangan yang berterabur di sana-sini.
Saya masih suka melihat laut Semporna yang lebih biru dari mana-mana laut yang pernah saya kunjungi.
Saya masih suka wara-wiri tidak tentu di pekan kecil ini.
Semacam ada 'chemistry' antara saya dan Semporna.


Tapi baru-baru ini saya jatuh cinta lagi dengan Tawau.
Cinta yang cukup kuat sehingga membuatkan saya ingin menukar cinta saya ke arahnya.
Jadi, antara dua cinta itu tidak salah kan kalau saya tetap mencintai kedua-duanya.
Sebab, untuk memilih antara dua 'cinta' itu memang mustahil.
Semporna adalah masa lalu saya yang paling berharga.
Dan Tawau [mudah-mudahan] adalah masa depan saya yang ingin saya hargai.


p/s :
Saya ada dua kerisauan yang tidak saya beritahu kepada kawan-kawan lain.
1. Saya risau tinggalkan kawan-kawan lama dan suasana 'selesa' sekolah lama.
2. Saya risau dengan kawan-kawan baru dan suasana 'janggal' di sekolah baru.

Thursday, November 11, 2010

Berpindah

"Kamu tahu kenapa perjalanan selalu membuat kita berdebar? Kerana kita tidak pernah tahu apa yang menunggu di balik tikungan" [Astri Kusuma]


Tuhan Maha Tahu betapa 'desperate'nya saya untuk berpindah.
Bukan kerana saya benci di sekolah sekarang, malah saya sangat suka.
Bukan kerana saya benci memandu lama setiap pagi, malah saya suka.
Bukan kerana saya benci bangun awal, malah saya sangat suka.
Bukan kerana saya benci dengan Semporna, malah saya sudah lama suka.


Jadi penyebabnya adalah apa? 
Atau kenapa? Mengapa? Atau siapa? 


Saya ingin pindah ke Tawau.
Jaraknya dari Semporna cuma 105km.
Dengan kenderaan paling lama 2 jam, kalau laju boleh jadi 1 jam.
Sebabnya;
saya sudah beli rumah di sana,
saya ramai family di sana,
saya suka cuacanya,
saya suka anginnya yang sepoi-sepoi,
saya suka masyarakatnya yang 'warm',
saya suka tempat-tempat di bandarnya yang nyaman,
saya simpulkan segalanya dengan kata yang mudah:
"I'm in love at the first sight"
Cliche???
Memang. 
Dan itulah fakta yang saya tidak dapat nafikan.


p/s :
That's why I give my blog named; from Semporna to Tawau.
There is lot of memories and love between this two small city.

Monday, November 8, 2010

Kalau saja...

"Apabila kebenaran menghalang jalan anda, bererti anda sedang berada di jalan yang salah"
[Josh Billings]


Saya tahu lebih jelas dari orang di sekeliling saya 
bahawa saya ini seorang yang penakut.
Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu saya buat di masa yang lalu,
tapi dengan penuh ketakutan saya tinggalkan dan membiarkan orang lain yang membuat keputusan itu untuk saya.
Untuk masa-masa itu,
saya cukup menyesalinya sekarang.


Kalau saja saya seorang yang berani di usia 15 tahun dulu,
pasti saya lebih bijak menjawab PMR.
Kalau saja saya berani sedikit lagi di usia 16 tahun dulu,
pasti saya bukan seorang guru sekarang ini.
Kalau saja saya ada seribu keberanian di tahun 2000 dulu,
pasti saya tidak perlu membayar hutang PTPTN sekarang ini.
Dan kalau saja saya ada sejuta keberanian 7 tahun yang lalu,
pasti saya akan dapat melepaskan 'dia' dengan laungan 'selamat tinggal' yang paling mesra.


Untuk segala sesuatu itu,
ada masa yang paling tepat untuk ia berlaku, muncul dan hilang.
Itu saya percaya.
Tapi untuk sesuatu itu berlaku dan diiringi dengan sebab yang tidak jelas,
itulah yang tidak saya fahami sampai sekarang.
Saya masih bertanya kenapa cerita hidup saya dibelokkan ke sini?
Kenapa tidak dibelokkan saja cerita hidup saya ini ke pengakhiran cerita 'fairytale';
"....dan mereka hidup bahagia selamanya".


Untuk segala kehairanan dan pertanyaan saya itu,
barangkali jawapannya semudah; ESOK.
Biar saya tunggu esok,
mana tahu semua kehairanan saya itu akan hilang;
siapa tahu juga segala pertanyaan saya akan terjawab.
Saya cuma perlu lebih berani dari 11,300 hari yang telah saya lalui sebelum ini.
Saya akan menunggu ESOK!!!


p/s :
Bagaimanapun tingginya keberanian yang saya ada,
saya tidak akan seberani anak muda seperti gambar di atas.

Friday, November 5, 2010

That woman is me???

"Saya tahu dengan jelas bahawa kau akan menjadi bintang dilangit orang lain"

Saya seperti wanita itu???
Tidak sama sekali. 
Cuma satu saja situasi di mana kami ada kesamaan.
Bahawa di usia 30-an saya dan heroinnya belum berkahwin dan ada anak muda yang jatuh cinta.


Tapi disanalah permulaan cerita yang menarik.
Kenapa???
Kerana orang yang mengenali saya jadi banyak 'curious'nya;
banyak soalan tentang hidup saya yang menarik perhatian mereka.
Hinggakan saya melawat rakan yang melangsungkan perkahwinan di sebelah daerah pun menjadi satu kegemparan besar sekampung.
Saya tidak selesa dengan keadaan itu,
sampai saya selalu mengangan-angankan untuk hidup dilingkungan yang saya tidak kenali, 
ingin mengalami suasana 'dilahirkan semula'.
Tapi bukan hidup saya yang ada jalan cerita yang paling menyedihkan, kan???
Di luar dunia saya yang kecil ini, ada ramai lagi hamba Tuhan yang mempunyai jalan cerita yang lebih menyayat hati dari saya. 
Seperti kata kawan saya 
"sedihnya hidup saya ini, diumur 30-an masih tidak ada karier yang stabil, tidak punya duit yang cukup bahkan untuk hidup sebulan, tidak punya kekasih, dan kalau akhirnya saya terpaksa mati muda, tentu hidup saya menjadi bualan cerita yang tragik"


Huh!!!
Benar kata-kata kawan saya itu.
Saya juga seperti ingin bertanya langsung saja ke Tuhan;
bila agaknya waktu yang DIA rencanakan untuk saya jatuh cinta?
dengan siapa agak-agaknya [lagi] saya akan jatuh cinta?
akankah sampai berkahwin dan bersama menunggu mati orang yang saya jatuhkan cinta itu?
Ataupun jika Tuhan tidak ingin menjawab pertanyaan-pertanyaan saya itu,
diizinkanlah saya ini meninjau 'kitab perancangan-Nya'.


Saya tahu Tuhan itu begitu sayang sama saya.
Kerana sayang-Nya ke saya, dijaganya semua orang yang saya sayangi.
Diciptakan-Nya beberapa orang yang hebat untuk ditakdirkan bertemu dan berkenalan dengan saya.
Dan sampai saat saya menuliskan ini, DIA masih lagi sangat sayang sama saya.
Dicukupkan semua keperluan saya sampai saya lupa dengan semua kehendak-kehendak yang saya angan-angankan.
Untuk semua waktu-waktu senang dan waktu-waktu susah,
terima kasih Tuhan kerana tidak pernah 'meninggalkan' saya.
Walaupun saya yang selalu memungkiri perjanjian 'kita' sebelum KAU utuskan saya ke rahim ibu saya.
Sehingga, walaupun saya berada sama situasi dengan Lee Shin Young dalam drama itu, saya tetap senyum-senyum manis menghadapinya. 


p/s :
Semoga ada Kim Bum dalam 'masa depan' saya nanti. Hahaha...

Thursday, November 4, 2010

Saya dan 'sederhana'

"Hari yang paling menggembirakan adalah hari di mana langit tidak berawan"


Sederhana itu seperti :
hari yang tidak panas dan berangin sepoi-sepoi;
hari yang progresif di mana semua tugas selesai di pejabat;
hari di mana saya tidak marah-marah hanya kerana trafik sesak di pagi hari;
hari di mana saya makan dengan gembira biarpun menunya tidak selazat mana;
hari di mana saya mengikhlaskan segalanya bila mendapati dompet saya dicuri orang;
hari di mana saya dimarah boss tapi tetap senyum-senyum manis;
hari yang penuh dengan kesusahan tapi dengan penuh ghairah saya bangun diawal pagi.
Setidaknya, begitulah gambaran orang marhaen seperti saya tentang hidup yang sederhana.
Kerana, untuk melihatnya sesempurna hidup orang lain memang sesuatu yang sangat sulit untuk terwujudkan.
Bukan saya tidak pernah mengangan-angankan hidup seperti itu, 
tetapi saya sudah berpatah hati dan memutuskan untuk hidup sesederhana yang termampu.
Bukan tidak pernah saya berangan-angan memiliki kereta sehebat ferarri,
juga rumah agam yang terbentang saujana mata memandang, lengkap segalanya berserta pembantu berbaris hormat menunggu arahan,
juga perhiasan cantik mahal bertakhta permata pelbagai warna dan di'tag' dengan jenama mahal,
juga baju dengan pelbagai pereka tersohor.
Saya sudah melupakan semuanya itu.
Kerana gambaran sederhana yang saya ada tidak memerlukan semua itu.
Semoga gambaran itu tidak berubah-ubah lagi.
Supaya saya tidak keliru lagi.
Kerana saya tahu dengan benar;
bahawa saya selalu tidak tetap pendirian.


p/s :
Mungkin saya keliru dengan kehadirannya dulu.
Saya beranggapan dia itu seperti angin yang sepoi-sepoi berhembus.
Hakikatnya, dia cuma bayu yang singgah sekejap di halaman sementara menunggu sahabat bayu lainnya dan bergabung melanjutkan perkelanaan. 

Tuesday, November 2, 2010

Jalan saya

"Why is the rainbow always on somebody else's head?"

Terasa jalan yang telah saya lalui terlalu panjang berbanding teman yang lain.
Seperti juga jalan yang terbentang untuk saya lalui lebih sukar dari jalan yang dilalui teman-teman lain.
Tuhan, 
saya ingin komplen;
tentang jalan susah dan sedih yang saya lalui;
tentang jalan berbatu, berliku, banyak selekoh tajam, bahkan banyak simpang yang mengelirukan.
Ampunkan saya jika tidak melihat dibalik semua jalan yang KAU bentangkan itu.
Saya cuma seorang lagi hamba-MU yang 'selalu lambat bersyukur'.
Saya cuma rasa tidak puas hati dan rasa tidak adil.




p/s :
I think God can explain.

Sunday, October 31, 2010

Tiupkan 'masa ribut' itu

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things"


Kita seharusnya meraikan hari ini dengan hebat.
Kerana waktu perjuangan yang kita lalui terasa amat panjang.
Kita sudah kerapkali gagal peperiksaan;
kita juga acapkali melanggar disiplin sekolah dan berakhir dimeja guru disiplin.
Kita sudah banyak kali jatuh cinta, patah hati, jatuh cinta lagi dan patah hati lagi.
Tapi kita tetap optimis,
kita tetap masih berharap. 
Bahawa 'fairytale' bukan hanya ada watak Cinderella dan Snow White.
Ada juga watak 'kita'.
Kita sudah jauh berjalan dan sampai ke saat ini.
Kita sudah punya kerja yang suatu waktu dulu adalah hal yang tidak kita risaukan.
Kita sudah ada tanggungjawab yang dulu kita lihat sebagai sesuatu yang remeh.
Kita sudah ada 'hidup' yang perlu kita hidupkan.


Untuk masa remaja yang telah kita tinggalkan,
hari ini kita patut meraikannya.
Hakikat bahawa kita telah melalui 'masa ribut' dengan bijaksana.
Hakikat bahawa kita telah melakukan  banyak kesilapan pada 'masa ribut' itu.
Dan kita belajar dengan mengumpulkan kesilapan itu menjadi album 'pengalaman'.
Mari teman-teman saya sekalian,
kita raikan 'masa ribut' yang telah berlalu dengan senyum manis.
Kerana, 
dalam berjuta remaja di zaman kita yang terkalahkan,
kita masih tegak berdiri melawan takdir dan berakhir di sini.
Dengan penuh rendah hati kita boleh bangga mengatakan;
"dulu di zaman remaja, saya telah melawan beratus dewa"


p/s :
Khas untuk kelas 1A 
SMK Abdullah [kini : SMK Panglima Abdullah]
Class of 1993
Room teacher : Madam Carlota Carlito
We are the best, and now we are the greatest. 



Saturday, October 30, 2010

What money can['t] buy

"I have a scarlet letter in my heart"
[In-sun]


Jika diminta untuk menyenaraikannya,
hampir tidak ada benda di dunia ini yang tidak terbeli oleh duit.
Tapi itu bukan persoalan besar hari ini,
yang menjadi peristiwa besar adalah;
aku mengiringi keluarga sebelah bapaku menghantar duit hantaran ke pihak bakal pengantin perempuan.
How much? All I can say is "Too much".
Too much kerana aku mengenali sedikit bakal pengantin itu;
and for my own perception, that money is too good for her.
[I hope dia tidak berpeluang membaca blog saya ini]

Friday, October 29, 2010

Untuk setiap cerita

"There are three sides to every story; your side, their side and the right side"
[Zig Ziglar]

Cerita kita mungkin tidak sama.
Sebab itulah kita bertemu sangat sekejap.
Kerana, yang semestinya kau temui bukan saya;
dan yang seharusnya saya jumpa bukan kamu.
Kita bertemu di waktu yang salah, di tempat yang salah;
dan yang paling menyedihkan dengan orang yang salah.
Nanti,
di suatu saat yang sangat sesuai,
di suatu masa di mana kita sudah cukup bersedia untuk semuanya,
kita pasti akan bertemu juga dengan orang yang tepat.
Kau dan juga aku,
kita akan sampai ke saat itu.
Dan penantian kita nyata berbaloi. 
Untuk semua kenangan manis antara kita, 
simpan cebisannya saja, selebihnya buangkan jauh-jauh.
Untuk sajak Pak Sapardi itu,
simpan juga sehingga kau menemui cinta yang lebih sederhana dari cintaku.


p/s :
Aku mencintainya dengan cara yang paling sederhana.
Dan kerana kesederhanaan itu juga aku berhenti mencintainya setelah dia menemui cinta yang lebih sederhana dari cintaku.

Wednesday, October 27, 2010

Maaf

"Forgiveness is the sweetest revenge"
[Isaac Friedmann]

Maaf;
saya belum sedia untuk memaafkan kalian.
saya juga belum mampu melupakan perbuatan kalian terhadap saya.
Memaafkan kalian seperti sama maksudnya dengan menjual harga diri saya.
Melupakan perbuatan kalian kepada saya samalah maknanya dengan menghalalkan semua kata-kata kesat yang anda lemparkan kepada saya dan ibu bapa saya.
Mungkin situasi itu menyulitkan lagi untuk saya memaafkan kalian;
di mana kalian telah melukai hati ibu bapa saya dengan sangat dalam.
Mungkin juga lebih mudah memaafkan kalian jika fakta hubungan kita berbeza;
di mana kalian adalah saudara rapat bapa saya;
dan sepatutnya kalian melindungi kami bukan melukai.
Tidak tahu bila saat itu akan tiba;
saya juga menantikannya. 
Saat terbaik di mana;
saya sudah bersedia memaafkan kalian 
dan melupakan semua perbuatan kalian terhadap saya.
Saat terbaik bila mana saat saya berjumpa kalian saya sudah tidak terbayang lagi akan perbuatan kalian yang menusuk-nusuk hati saya, yang membuat saya ingin menangis.
Saya menantikan juga saat itu;
meskipun saya rasa saatnya sungguh sulit untuk terwujudkan.


p/s : 
Saya juga pernah menyakiti hati orang lain,
dan saya tidak memaksa mereka memaafkan saya. 
Kerana, memaafkan orang bukan hal yang mudah. 

Tuesday, October 26, 2010

How I love Sapardi Djoko Damono

"HATIKU SELEMBAR DAUN"

Hatiku selembar daun melayang jatuh dirumput.
Nanti dulu, biarkan sejenak terbaring di sini.
Ada yang masih ingin ku pandang,
yang selama ini sentiasa luput.
Sesaat adalah abadi sebelum kau sapu tamanmu setiap pagi.



"AKU INGIN"

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
Dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang membuatnya terbakar.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang membuatnya tiada.

"SEPERTI KABUT"

Aku akan menyayangimu seperti kabut,
yang raib dicahaya matahari.

Aku akan menjelma awan,
hati-hati mendaki bukit
agar bisa menghujanimu.

Pada suatu hari yang baik nanti.

"HUJAN & LAMPU JALAN"

Hujan yang mengenakan mantel,
Sepatu panjang dan payung berdiri di samping tiang listrik.
Katanya kepada lampu jalan;
'Tutup matamu dan tidurlah, biar kujaga malam'.