Saturday, December 25, 2010

Bohong

"Half a truth is often a great lie"
[Benjamin Franklin]

Untuk berbohong, kita tidak perlu melalui pendidikan formal di sekolah.
Tidak perlu mengikuti kursus panjang di universiti atau kolej.
Juga tidak perlu bersusah payah memanjat ke Tibet mencari mahaguru.
Bohong adalah pendidikan yang alami.


Saya juga pernah bohong.
Hmmm...pembetulan : selalu bohong bila situasi tidak mengizinkan.
Tidak ada manfaatnya berbohong; cuma kadangkala bercakap benar mengundang masalah.
Semasa kecil dulu saya bohong dengan ibu bapa.
Sekolah menengah [rendah dan atas], saya bohong dengan guru.
Masuk universiti, saya bohong dengan kawan-kawan.
Sesudah dapat kerja, saya bohong dengan bos.
...dan kebohongan itu berlangsung cukup lama.


Untuk setiap kebohongan yang ada,
percayalah ada alasan untuk semua kebohongan itu.
Seperti cerita "too beautiful to lie".
Saya juga adalah Young Ju yang terpaksa berbohong tapi ada hati yang murni.
Siapa sangka ya...???


nota masa depan :
My big lie is ; I never told my true feeling to all the people around me.
Kenapa??? 
Sebab saya tidak selesa dengan perasaan sendiri. 
I'm working on it right now.

Tuesday, December 14, 2010

Life with no regrets

"Kita dipertemukan oleh sepasang senyum, senyum diwajahmu dan senyum dimataku"
[Hasan Aspahani : Monolog senyum yang sederhana]

Saya mahu ayat itu dihujung hayat saya nantinya.
[Bahawasanya saya telah hidup dengan sepenuhnya, dan mati tanpa ada rasa 'regrets]
Namun ayat itu terpaksa saya lupakan kerana baru saja hidup saya berbau belasan tahun,
saya sudah mempunyai banyak momen-momen yang saya boleh kategorikan sebagai 'regrets'.
Dan yang menjadikan cerita hidup saya lebih sedih apabila di saat usia saya berbau 20-an dan 30-an,
saya telah mengutip terlalu banyak momen-momen yang tergolong 'mengecewakan'.

Saya mahu melupakan momen-momen itu,
terus menghapusnya dari ingatan saya dan dari ingatan orang-orang yang terkait dengan momen mengecewakan itu.
Namun sekali lagi saya harus bersedih, kerana semua itu jelas diluar kemampuan saya.

Friday, December 3, 2010

Hati saya di Pluto

"Follow your heart, but be quiet for a while first"

Tiba-tiba saya rasa seperti di buang ke Pluto.
Sendiri. Sunyi. Senyap. Sepi. 
Tiba-tiba saya menjadi begitu pendiam. 
Hampir tidak berbicara lebih seminit dalam sehari.
Anggota saya masih berfungsi dengan baik;
cuma mulut saya seperti berhenti bergerak.
Otak kanan saya bekerja keras, sambil otak kiri saya mengambil cuti rehat yang panjang.


Tiba-tiba dunia ini menjadi begitu sunyi bagi saya.
Kawan-kawan yang dulu tidak terhitung menjadi 'nil'.
Itulah sebab paling logik untuk saya men'delete' akaun FB saya.
Menutup HP dan apa jua laluan 'moden' untuk sampai ke saya.
Segalanya kelihatan seperti kembali ke zaman Adam dan Hawa.
Hanya ada flora dan fauna. 
Hanya ada langit, awan, matahari, bulan, dan bintang.
Hanya percaya bahawa ada Tuhan Yang Maha segalanya;
dalam mengatur alam dan saya yang hama ini. 
Saya akhirnya sedar, 
hati saya cukup kecil untuk menempatkan ramai orang.
Hati saya akan bengkak dan sakit nantinya;
jika saya benarkan semua orang masuk dan keluar sesuka hati mereka.


Dan akhirnya,
di sinilah saya sendiri.
Mengenang beberapa orang yang saya benarkan masuk sesuka hati mereka ke hati saya.
Mereka meninggalkan hati saya dengan pelbagai contengan, lukisan dan graffiti tidak penting.
Lukisan yang tidak indah dan mencacatkan 'wall' hati saya.
Contengan tidak penting yang juga tidak membawa makna walau saya melihatnya dari pelbagai sudut.
Graffiti yang awalnya kelihatan berguna dan diakhirnya saya dapati adalah mantera-mantera sihir yang menghitamkan hati saya.
Untung saja saya cepat menghapusnya dan mewarnainya putih kembali. 
Dan selepas itu, saya sudah tidak membenarkan lagi sesiapa memasukinya.
Hanya beberapa orang yang penting saya biarkan tetap di tempat asalnya.
Beberapa orang yang tidak pernah meninggalkan lukisan, contengan malah graffiti dihati saya.
Mereka hanya masuk dan ingin tinggal dihati saya tanpa syarat, tanpa usaha untuk meninggalkan jejak agar nantinya saya akan mengenang mereka sepanjang umur.
Mungkin kerana mereka tahu saya tidak akan melupakan mereka.


Saya sudah diberi pelajaran dan pengajaran;
bahawa saya tidak bersalah jika mengikuti intuisi.
Saya cuma perlu senyap seketika,
kerana itulah syarat utama untuk intuisi saya berjaya.


p/s :
Maaf semua jika kesenyapan saya mengganggu anda.
Saya hanya seorang warganegara yang bebas bersuara dan bebas untuk tidak bersuara.