Powered By Blogger

Sunday, October 31, 2010

Tiupkan 'masa ribut' itu

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things"


Kita seharusnya meraikan hari ini dengan hebat.
Kerana waktu perjuangan yang kita lalui terasa amat panjang.
Kita sudah kerapkali gagal peperiksaan;
kita juga acapkali melanggar disiplin sekolah dan berakhir dimeja guru disiplin.
Kita sudah banyak kali jatuh cinta, patah hati, jatuh cinta lagi dan patah hati lagi.
Tapi kita tetap optimis,
kita tetap masih berharap. 
Bahawa 'fairytale' bukan hanya ada watak Cinderella dan Snow White.
Ada juga watak 'kita'.
Kita sudah jauh berjalan dan sampai ke saat ini.
Kita sudah punya kerja yang suatu waktu dulu adalah hal yang tidak kita risaukan.
Kita sudah ada tanggungjawab yang dulu kita lihat sebagai sesuatu yang remeh.
Kita sudah ada 'hidup' yang perlu kita hidupkan.


Untuk masa remaja yang telah kita tinggalkan,
hari ini kita patut meraikannya.
Hakikat bahawa kita telah melalui 'masa ribut' dengan bijaksana.
Hakikat bahawa kita telah melakukan  banyak kesilapan pada 'masa ribut' itu.
Dan kita belajar dengan mengumpulkan kesilapan itu menjadi album 'pengalaman'.
Mari teman-teman saya sekalian,
kita raikan 'masa ribut' yang telah berlalu dengan senyum manis.
Kerana, 
dalam berjuta remaja di zaman kita yang terkalahkan,
kita masih tegak berdiri melawan takdir dan berakhir di sini.
Dengan penuh rendah hati kita boleh bangga mengatakan;
"dulu di zaman remaja, saya telah melawan beratus dewa"


p/s :
Khas untuk kelas 1A 
SMK Abdullah [kini : SMK Panglima Abdullah]
Class of 1993
Room teacher : Madam Carlota Carlito
We are the best, and now we are the greatest. 



No comments:

Post a Comment