/5/ Ada sebuah hujan, ku simpan lebatnya dalam ingatan. /6/ Kita berbagi hujan, aku dapat dinginnya, kau dapat basahnya. Adilkan? [ihsan : Hasan Aspahani; Karikatur orang kedinginan] |
Saya kira bulan ini tidak akan ada hujan yang turun.
Mungkin dipengaruhi oleh ramalan-ramalan orang.
Mungkin juga saya membuat spekulasi dari panas matahari beberapa waktu belakangan.
Menurut saya;
Kita terlalu banyak merunguti hidup.
Kita merunguti tentang hari hujan;
manakala hati kita menginginkan supaya cerah.
Kita merunguti punya banyak kerja yang perlu disiapkan;
manakala berjuta orang di luar sana yang masih 'jobless'.
Kita merunguti makanan yang terhidang tidak sedap dan tidak menepati selera;
manakala berbillion manusia di belahan dunia lain tidak punya apapun untuk disuapkan ke mulut.
Kita merunguti perkara-perkara remeh dan melupakan perkara-perkara indah disebaliknya.
Sudah takdir saya hidup dilingkungan yang sebegitu;
orang-orang yang biasa hidup senang;
orang-orang yang selalu 'terlambat mensyukuri nikmat'.
Dan jika pun Tuhan berikan hujan disepanjang bulan ini;
saya harusnya bersyukur.
Dengan fakta bahawa;
bapa saya tidak perlu lagi risau akan tanaman sayurnya yang tidak disiram;
saya juga tidak perlu lagi risau kerana air tersedia banyak untuk mandi yang lama;
juga, saya tidak lagi mengomel-ngomel dengan jalan yang penuh dengan habuk.
Hujan lagi di kampungku. Hujan jugakah di kampungmu?
No comments:
Post a Comment