"....ini tawaran terbaik dari tanganku" |
Disanalah kami dua tahun yang lalu.
Berusaha untuk mencari keserasian melalui perbualan tidak berfaedah;
dan bahkan terlupakan selang sesaat.
Di dalamnya aku bermisi besar;
cuba mencari ruang dalam hidupnya untuk aku.
Cuba merisik-risik peluang untuk aku berada dalam perancangan masa hadapannya.
Lalu perbualan kami berakhir dengan drama hantar-menghantar;
dan itulah akhirnya perjuangan kami.
Aku cuba membuat tawaran terbaik kepada DIA;
tapi siapalah aku untuk menawar-nawar kehendak ALLAH.
/2/
Ini hari yang aku risaukan kemarin.
Dan aku masih memperjuangkan hidup.
Bezanya bukan untuk berada dalam perancangan masa depan siapa-siapa.
Kerana 'dia' juga tidak pernah risau dengan 'siapa yang ada dalam perancangan masa depanku'.
Ini waktu yang sangat sesuai untuk 'merisaukan' masa depan sendiri.
p/s : hanya ada dua situasi bila 'kau' berpeluang membaca semua ini. Situasi di mana waktu itu kau sudah tua atau saya khabarkan berita ini saat 'kau' sudah mati. Saya akan selalu ingat bila 25/10 ini kembali lagi tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment