Powered By Blogger

Thursday, November 4, 2010

Saya dan 'sederhana'

"Hari yang paling menggembirakan adalah hari di mana langit tidak berawan"


Sederhana itu seperti :
hari yang tidak panas dan berangin sepoi-sepoi;
hari yang progresif di mana semua tugas selesai di pejabat;
hari di mana saya tidak marah-marah hanya kerana trafik sesak di pagi hari;
hari di mana saya makan dengan gembira biarpun menunya tidak selazat mana;
hari di mana saya mengikhlaskan segalanya bila mendapati dompet saya dicuri orang;
hari di mana saya dimarah boss tapi tetap senyum-senyum manis;
hari yang penuh dengan kesusahan tapi dengan penuh ghairah saya bangun diawal pagi.
Setidaknya, begitulah gambaran orang marhaen seperti saya tentang hidup yang sederhana.
Kerana, untuk melihatnya sesempurna hidup orang lain memang sesuatu yang sangat sulit untuk terwujudkan.
Bukan saya tidak pernah mengangan-angankan hidup seperti itu, 
tetapi saya sudah berpatah hati dan memutuskan untuk hidup sesederhana yang termampu.
Bukan tidak pernah saya berangan-angan memiliki kereta sehebat ferarri,
juga rumah agam yang terbentang saujana mata memandang, lengkap segalanya berserta pembantu berbaris hormat menunggu arahan,
juga perhiasan cantik mahal bertakhta permata pelbagai warna dan di'tag' dengan jenama mahal,
juga baju dengan pelbagai pereka tersohor.
Saya sudah melupakan semuanya itu.
Kerana gambaran sederhana yang saya ada tidak memerlukan semua itu.
Semoga gambaran itu tidak berubah-ubah lagi.
Supaya saya tidak keliru lagi.
Kerana saya tahu dengan benar;
bahawa saya selalu tidak tetap pendirian.


p/s :
Mungkin saya keliru dengan kehadirannya dulu.
Saya beranggapan dia itu seperti angin yang sepoi-sepoi berhembus.
Hakikatnya, dia cuma bayu yang singgah sekejap di halaman sementara menunggu sahabat bayu lainnya dan bergabung melanjutkan perkelanaan. 

No comments:

Post a Comment