"Follow your heart, but be quiet for a while first" |
Tiba-tiba saya rasa seperti di buang ke Pluto.
Sendiri. Sunyi. Senyap. Sepi.
Tiba-tiba saya menjadi begitu pendiam.
Hampir tidak berbicara lebih seminit dalam sehari.
Anggota saya masih berfungsi dengan baik;
cuma mulut saya seperti berhenti bergerak.
Otak kanan saya bekerja keras, sambil otak kiri saya mengambil cuti rehat yang panjang.
Tiba-tiba dunia ini menjadi begitu sunyi bagi saya.
Kawan-kawan yang dulu tidak terhitung menjadi 'nil'.
Itulah sebab paling logik untuk saya men'delete' akaun FB saya.
Menutup HP dan apa jua laluan 'moden' untuk sampai ke saya.
Segalanya kelihatan seperti kembali ke zaman Adam dan Hawa.
Hanya ada flora dan fauna.
Hanya ada langit, awan, matahari, bulan, dan bintang.
Hanya percaya bahawa ada Tuhan Yang Maha segalanya;
dalam mengatur alam dan saya yang hama ini.
Saya akhirnya sedar,
hati saya cukup kecil untuk menempatkan ramai orang.
Hati saya akan bengkak dan sakit nantinya;
jika saya benarkan semua orang masuk dan keluar sesuka hati mereka.
Dan akhirnya,
di sinilah saya sendiri.
Mengenang beberapa orang yang saya benarkan masuk sesuka hati mereka ke hati saya.
Mereka meninggalkan hati saya dengan pelbagai contengan, lukisan dan graffiti tidak penting.
Lukisan yang tidak indah dan mencacatkan 'wall' hati saya.
Contengan tidak penting yang juga tidak membawa makna walau saya melihatnya dari pelbagai sudut.
Graffiti yang awalnya kelihatan berguna dan diakhirnya saya dapati adalah mantera-mantera sihir yang menghitamkan hati saya.
Untung saja saya cepat menghapusnya dan mewarnainya putih kembali.
Dan selepas itu, saya sudah tidak membenarkan lagi sesiapa memasukinya.
Hanya beberapa orang yang penting saya biarkan tetap di tempat asalnya.
Beberapa orang yang tidak pernah meninggalkan lukisan, contengan malah graffiti dihati saya.
Mereka hanya masuk dan ingin tinggal dihati saya tanpa syarat, tanpa usaha untuk meninggalkan jejak agar nantinya saya akan mengenang mereka sepanjang umur.
Mungkin kerana mereka tahu saya tidak akan melupakan mereka.
Saya sudah diberi pelajaran dan pengajaran;
bahawa saya tidak bersalah jika mengikuti intuisi.
Saya cuma perlu senyap seketika,
kerana itulah syarat utama untuk intuisi saya berjaya.
p/s :
Maaf semua jika kesenyapan saya mengganggu anda.
Saya hanya seorang warganegara yang bebas bersuara dan bebas untuk tidak bersuara.
No comments:
Post a Comment