Wednesday, May 30, 2012
Miss Complicated [?]
Saya sudah lama sedar,
bahawa saya adalah gambaran sebuah peribadi yang sangat rumit.
Sebuah peribadi yang tidak terbaca meski oleh dukun terulung sekalipun.
Itulah kenyataan yang saya terima seadanya.
Hakikat yang tidak pernah saya usahakan untuk mengubahnya.
Saya sering bersandar dengan kalimat "Let it happen naturally".
Mungkin kerana itulah banyak momen-momen yang saya kesali.
Banyak peluang-peluang yang saya lepaskan begitu saja.
Peluang yang sangat diharapkan oleh orang lain tapi tidak kunjung tiba.
Saat peluang itu mengetuk ke pintu saya;
saya dengan tidak berfikir panjang menyuruhnya pergi mengetuk pintu orang lain.
Saya memang peribadi yang sangat rumit.
Peribadi yang tidak pernah membiarkan peribadi orang lain mendominasinya.
Peribadi yang sangat tidak mesra tapi murah dengan senyuman.
Peribadi yang sangat diam dan hanya ramah dengan beberapa orang sahaja.
Peribadi yang kadang dibenci orang sekitar.
Tapi itulah saya, Miss Complicated yang dihadirkan Tuhan buat meramaikan bumi.
Dikirimkan melalui pasangan Laju-Hana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment