Powered By Blogger

Monday, November 18, 2013

Cita-cita


#1
Saya tidak pernah memiliki cita-cita yang besar
hanya cita-cita yang sederhana.
Cita-cita yang mampu saya terjemahkan dalam realiti.
Cita-cita yang boleh saya kongsikan dengan kamu.

#2
Saya berharap saya berada dalam cita-cita kamu.
Menjadi priority dan bukan sekadar option dalam hidup kamu.

Monday, September 23, 2013

Penyesalan


>>1>>
"Saya berharap di satu masa nanti kau akan menyesal kerana tidak menunggu dan memilih saya"
Itu doa yang saya kirimkan beberapa tahun dahulu bila keluargamu menghina saya. 
Rupa-rupanya saya tidak perlu menunggu lama untuk mendengar penyesalanmu. 
Walaupun penyesalan itu tidak kau ucapkan di hadapan saya sambil disaksikan oleh mata dan telinga saya sendiri. 
Cukup kau beritakan kepada seseorang dan seseorang itu menyampaikannya kepada saya;
saya sudah berpuas hati. 
Tapi itu dulu, mungkin waktu itu saya belum matang lagi dan melihat dunia ini hanya dari sudut yang paling memberi kepuasan kepada saya. 
Saya menukar doa itu sekarang;
saya sangat berharap kau akan berbahagia dengan apapun pilihan yang kau buat,
saya hantarkan doa-doa yang baik untuk setiap hari yang kau miliki,
saya hanya mengharapkan yang indah-indah sahaja untuk kau dan pilihanmu.
Titik.

>>2>>
"Saya menyimpan soalan ini hampir 13 tahun dan saya tanyakan lagi sekarang, kenapa kau tidak memilih saya dahulu?"
Kita awali pertemuan kita dengan pertanyaan itu. 
Mungkin kau sudah penat menyimpannya, atau selama berbelas tahun itu kau sudah merencanakan saat yang sesuai untuk menagih jawapannya dari saya.
Kau tidak lebih dari seorang asing yang saya masukkan dalam daftar keluarga saya. 
Saya tidak lupa seinci pun kebaikan yang kau berikan kepada keluarga saya dan saya tidak mahu membayarnya dengan cinta. 
Itu kata muktamad hati saya. 
Lalu kau khabarkan kepada keluarga saya bahawa kau menyesal membina keluarga terlalu awal;
membayangkan bagaimana hidupmu jika kau menunggu dan memilih saya. 
Hidupmu adalah pilihanmu sendiri dan kau perlu bertanggungjawab dengan pilihan yang telah kau buat;
saya juga begitu.
Kita berdamailah dengan takdir dan pilihan-pilihan yang telah kita buat.
Walaupun beberapa siri dari pilihan itu membawa kita ke jalan penyesalan. 

>>3>>
"Kau tidak menyesalkah tidak memilih >>1>> dan >>2>>?"
Soalan beberapa kenalan yang selalu saya dengar dan sudah saya hafalkan dengan baik.
Siapa yang tidak memiliki penyesalan di dunia ini;
semua orang memilikinya.
Saya juga memiliki banyak penyesalan yang saya simpan diam di dalam hati.
Penyesalan kerana tidak memilih >>1>> dan >>2>> pasti ada walau sedikit.
Saya pernah tertanya-tanya bagaimana agaknya hidup saya jika saya memilih mereka.
Pasti jalan hidup saya tidak berakhir di tempat saya kini. 
'Tuhan mengizinkan penyesalan';
jadi saya tidak perlu merasa berdosa dengan pilihan-pilihan salah yang telah berlaku di masa lalu.
Saya juga sudah mengerti bahawa ada beberapa hal yang tidak boleh saya ulangi di dunia ini.
>>1>> dan >>2>>;
kita berhentilah menyesal atas pilihan-pilihan yang kita buat dahulu.
Tuhan pasti tahu yang terbaik buat kita. 
Kita sama-samalah berusaha untuk berbahagia dengan pilihan yang kita ada waktu ini.\

Sunday, March 31, 2013

Jadi...

"Life is a tragedy when seen in close-up, but a comedy in long-shot"
[Charlie Chaplin]
Jadi,
saya masih lagi di sini; di sebuah bandar kecil,
tinggal di sebuah rumah yang kecil berbekal hati yang sepertinya semakin mengecut.
Segalanya kelihatan semakin tidak ada yang menarik untuk saya tunggu.
Saya sudah seperti jiwa yang penuh dengan kehampaan dan bernafas hanya kerana Tuhan masih menghendakinya begitu.

Jadi,
saya masih lagi seperti ini;
membelit beberapa orang yang sangat dekat dengan saya dengan beberapa kerumitan hidup saya.
Seperti yang saya selalu khabarkan, bahawa saya ini peribadi yang sangat rumit.
Sangat kompleks untuk orang lain ikut serta atau masuk dalam daftar hidup saya. 
Dan fakta itu berlawanan dengan falsafah yang pernah saya dengar bahawa hidup ini sangat mudah, cuma kita yang merumitkannya.

Jadi, 
akan begini sajakah hidup saya?
Bernafas dan menunggu mati?

Saturday, January 26, 2013

What is so wrong with me right now?

"Berubah menjadi seseorang yang hidup dalam kebenaran menurut Tuhan bukan lagi kebenaran menurut saya"  [Apisindica]


Saya masih baik-baik saja meskipun banyak yang berlaku di sekeliling saya yang tidak membuatkan saya bertambah baik. Masalah di tempat kerja yang menyakitkan hati, masalah peribadi yang menusuk-nusuk perasaan, masalah keluarga yang menyayat hati.

Saya masih dalam proses penyembuhan yang panjang;
cuba sembuh dari beberapa kesedihan,
cuba sembuh dari pelbagai kekecewaan,
cuba sembuh dari sedikit kehilangan,
banyak yang perlu disembuhkan untuk kembali bersemangat membina hidup.
Dan dihujung jalan penyembuhan itu saya berharap saya benar-benar telah sembuh.
Sembuh dengan erti kata yang sebenar-benarnya.

Saturday, January 19, 2013

Saya telah [...akan] melupakan kamu

"I forgot how to pronounce the letter of your name"
[Amr Mostafa]
#1
Di dalam dunia kecil yang berputar di sekitar saya;
saya belum pernah mengenal perempuan (atau wanita ya yang lebih sesuai...?) yang senekad saya;
saya telah menghabiskan separuh dari usia saya hidup sendiri;
saya telah berjumpa dengan lelaki yang 'sempurna' untuk dijadikan suami tetapi saya menafikan pilihan itu;
saya berjumpa dengan lelaki yang menyukai saya apa adanya saya tetapi saya membiarkannya begitu saja dan di waktu yang lain saya pula yang tergila-gila dengannya dan berusaha mencari nombor telefonnya, berjanji temu dengannya hanya untuk bertanya 'adakah saya di dalam perancangan masa hadapannya', meminangnya dan mengajaknya membina 'masjid kecil' kami, berharap di akhirnya kami akan berpegangan tangan hingga ajal menjemput.

#2
Itulah cerita yang telah berlangsung hampir 7 tahun yang lalu.
Di tahun ini saya memutuskan dengan nekad juga bahawa kami memang dua jasad yang Tuhan ciptakan dan pertemukan bukan untuk ditakdirkan membina 'masjid' dan mengikat janji mudah untuk saling menjaga sehingga mati.

#3
Seperti kata Amr Mostafa;
saya telah (...akan) melupakan kamu 
walaupun saya tidak mempunyai niat (lagi) untuk mula melupakan kamu;
saya harus meletakkan kamu di masa silam saya dan menghapuskan semua kekinian kamu.
Kini, kita akhirnya menjadi dua figura yang hanya layak bersahabat.

Tuesday, January 1, 2013

Another New Year


/1/
Tahun berganti lagi.
Kita memasang azam dan harapan yang muluk-muluk lagi.
Kita mencari-cari port paling hot untuk sama-sama count down dan menjerit 'Happy New Year'.
Kita menadah langit menghayati letupan bunga api untuk kesekian kali.

/2/
Saya;
tidak ada azam dan harapan-harapan muluk untuk 2013 ini.
tidak ada jeritan tahun baru dan hanya tidur di rumah seperti normalnya rutin harian.
tidak ada juga letupan bunga api.
ahh....rupa-rupanya hidup saya ini sangat membosankan.