Wednesday, December 31, 2014
2015
Saya adalah orang yang paling tidak siap untuk menyambut pergantian tahun. Baik dari sisi peribadi mahupun kerjaya. Saya melakukan perjalanan ke negara orang, siapa tahu di sana saya bakal menemukan semangat baru untuk tetap bertahan hidup.
Usaha itu hanya sia-sia. Saya masih tidak bersemangat untuk menjalani hidup saya ditahun baru yang bakal bermula hitungan detiknya malam ini. Saya masih gagal meyakinkan diri saya sendiri bahawa segalanya akan beransur-ansur membaik dan saya akan ketawa dengan riang lagi di tempat yang sama.
Saya gagal memurnikan jiwa dan mengikhlaskan hati saya dengan semua takdir-takdir yang dikirimkan Tuhan kepada saya. Saya masih lagi peribadi yang sama; yang selalu melihat dunia dari sudut yang buruk.
Mungkin beberapa siri kegagalan yang saya lalui selama berpindah ini telah memadamkan semua kenangan-kenangan kejayaan yang pernah saya raikan dengan senyum megah dahulu.
Jadi, untuk 365 hari yang bakal saya lalui di tahun 2015 ini, saya berharap ada satu hari di mana saya menemui jiwa saya yang telah hilang 4 tahun yang lalu. Hari di mana resolusi sederhana saya [Happy] tercapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment