#1
Seperti ini ramadhan pertama yang saya tuliskan di sini.
Mungkin kerana ada ujian hebat yang Allah berikan kepada keluarga saya.
Ujian yang memerlukan kami berkorban masa, duit dan perasaan.
Nenek saya sakit dan ibu bapa saya perlu balik ke Indonesia;
maksudnya kami akan merayakan Hari Aidilfitri di negara yang berbeza.
#2
Ramadhan ini, solat tarawikh saya menjadi momen yang sangat indah;
saya jatuh cinta di masjid.
Seperti ramalan di atas, saya antara calon berpotensi tinggi untuk fall in love at first sight.
Saya jatuh cinta pada senyumannya yang seperti khasnya dilemparkan istimewa ke hati saya.
Senyumannya yang ramah membuatkan kunjungan saya ke masjid jadi berbeza dari tahun-tahun yang sudah.
Dia sosok yang saya cari seusai solat tarawikh;
dan saya tidak pernah gagal mencarinya meskipun dia berada dikerumunan orang banyak.
Dengan harapan dia akan tersenyum seperti kali pertama saya melihatnya;
dengan harapan dia akan parking keretanya bersebelah dengan saya;
dengan harapan dia akan memberikan saya jalan jika kebetulan saya parking di hadapannya;
dan harapan itu cukup sebatas itu sahaja;
tidak lebih, titik.
Unrequited feeling hanya terasa indah jika kita menyederhanakannya.
#3
Aidilfitri jadi berbeza bila saya merayakannya tanpa ibu bapa.
Tidak ada kesibukan membuat persiapan juadah seperti kebiasaannya.
Beberapa kerabat memprihatinkan kami dan menjemput bertamu ke rumah mereka.
Dan kebetulan itu berulang lagi;
tanpa sengaja saya bertemu dengan rumahnya.
Kalau Jose Bergamin menulis "Happiness is always a coincidence";
saya perlu menukarnya kepada "Coincidence is always full of happiness".
Dan semoga akan banyak lagi coincidence yang bakal berlaku di antara kami.
No comments:
Post a Comment