"Have a little fun as you go through life" [Zig Ziglar] |
Antara Semporna dan Tawau,
Antara gembira dan sedih,
Antara 'excited' dan 'nervous',
Perasaan bergaul rata menjadi 'hambar'.
Saya bakal melalui jalan baru tahun hadapan,
Tapi jalan ke Bugaya saya tetap selalu ingat.
Saya akan bertemu rakan sekerja baru tahun hadapan,
Tapi rakan sekerja di Bugaya tetap yang 'terhebat'.
Saya bakal makan di kantin sekolah baru,
Tapi menu di kantin sekolah lama masih yang 'terenak'.
Saya akan melalui lorong-lorong baru tahun hadapan,
Tapi lorong-lorong di sekolah lama adalah lorong terunik yang pernah wujud.
Saya bakal mempunyai pelajar-pelajar baru tahun hadapan,
Tapi pelajar di Bugaya tetap ada yang saya tidak boleh lupai.
Saya bakal melalui pengalaman baru, tempat baru, kawan baru, pelajar baru dan jalan baru tahun hadapan.
Tetapi Bugaya tetap 'sangat istimewa' dan 'tersendiri'.
Kenapa?
Kerana Bugaya adalah 'yang pertama'.
Posting pertama.
Kelas pertama.
Pelajar pertama.
Tugas pertama.
Gaji pertama.
Dan seperti 'cinta pertama' yang tidak terlupakan,
begitu juga dengan tempat ini.
Bugaya tetap akan menjadi 'cinta pertama' saya.
Saya akan selalu memulai bicara dengan ;
"Dulu, sewaktu saya di Bugaya, bla....bla....bla...."
Bugaya akan menjadi rujukan saya dalam apa isu sekalipun.
Terima kasih semua yang pernah menjadi sebahagian dari saya sewaktu di Bugaya.
p/s :
Khas buat rakan sekerja di Bugaya yang sentiasa membantu dan menjaga saya.
Dan pelajar Bugaya yang pernah saya ajar, semoga ilmu yang sedikit itu bakal membawa kebaikan seumur hidup.
No comments:
Post a Comment