"Hanok-Korean traditional house" |
Ada satu laman kecil dalam hati saya.
Saya bina rumah yang sederhana di laman itu.
Biliknya ada tiga dan kecil-kecil.
Ruang dapurnya ada jendela besar;
supaya angin boleh sesuka hati singgah dan beredar.
Ruang tamunya juga sederhana tapi 'mesra'.
Tamunya juga tidak sebarang orang.
Mereka hanya orang yang rapat dihati saya.
Lamannya luas dan ada bangku rehat.
Di sana saya akan duduk rehat setelah bersara.
Sambil minum kopi dan membaca 'Tuesday with Morrie'.
Segalanya dalam hati saya ini sangat sederhana.
Rumah yang sederhana.
Kereta yang sederhana.
Pakaian yang sederhana.
Makanan yang sederhana.
Dan diakhirnya hidup yang sederhana.
p/s :
Tapi selalu saya menghadapi masalah kerana kesederhanaan itu.
No comments:
Post a Comment