Powered By Blogger

Saturday, January 15, 2011

Kisah pokok Willow

"I was an oak, now I'm a willow, I can bend"
[Unknown]

Saya tidak tahu cerita ini sehingga usia saya 30-an.
Mungkin kerana cerita ini saya anggap remeh di waktu muda dulu.
Atau cerita ini tidak penting dalam hidup saya di depannya nanti.
Kisah pokok tidak menarik langsung di usia saya 20-an.
Waktu itu, kisah-kisah cinta-mati amat dominan.
Langsung saya cuba mencari dan memiliki kisah-kisah yang ternyata di akhirnya cuma sama seperti fairytale Cinderella dan Sleeping Beauty.


Cerita sepohon Oak yang bertukar menjadi pohon Willow.
Cerita sepohon pokok???
Teramat cliche untuk saya baca, ingat dan hayati.
Lalu, pokok Oak itu apa sifatnya?
[cuma pernah mendengar nama pokok ini di pelajaran Geografi waktu sekolah menengah dulu]
Dan pokok Willow itu bagaimana pula rupanya?
Kenapa pokok Oak ingin bertukar menjadi pokok Willow?


Setelah melakukan banyak pembacaan dan self-research,
akhirnya saya tahu saya juga adalah pokok Oak yang mahu bertukar menjadi pokok Willow.
Saya akhirnya tahu, banyak kelebihannya menjadi pokok Willow,
pohonnya hijau, daun-daunnya membujur ke tanah, dan bila dipenuhi salji akan membengkokkan dirinya supaya tidak patah seperti pokok Oak.
Bunganya juga cantik, yang betina lain dari yang jantan; supaya senang membezakannya.
Zaman purbakala dulu, orang-orang Sumeria, Egypt dan Greek menjadikannya ubat.
Kayunya paling berkualiti dibuat kotak dan kayu kriket.
Untuk ekosistem, tentunya pokok Willow melengkapkan kitaran alam seimbang.


Mungkin di waktu muda dulu,
saya jatuh cinta dengan keindahan daun Oak dan keharuman pokoknya yang menyamankan wain.
Juga kepopularannya menjadi simbol jata beberapa negara.
Juga mistiknya pokok ini yang mewakili dewa Zeus.
Fakta yang saya tidak jelas adalah, 
daun pokok Oak bakal meracuni kambing dan kuda.
Dan, bila dilitupi salji pokok ini akan mudah patah.


Kembali saya muhasabah diri,
apa yang indah di era saya 20-an sudah tidak indah lagi dizaman saya 30-an ini.
Seperti graffiti yang ditinggalkan seorang teman di dorm asrama
"Yang indah hanya sementara, tetapi Indah Rabiah kekal selama-lamanya".
Kebetulan sekali, nama teman saya itu Indah.
Saya ingin menjadi pokok Oak kerana keindahannya,
sedangkan kenyataan alami, saya lebih sesuai menjadi pokok Willow.


Dan cerita kini,
saya juga adalah pokok Oak yang bertukar menjadi pokok Willow.
Supaya bagaimana beratpun salji yang membebani saya,
saya tidak akan patah, apalagi mati.
Supaya juga, walaupun saya sudah tidak menjadi simbol jata negara,
saya tetap dapat membantu pemain kriket memenangi pertandingan mereka.
Supaya lagi, walaupun saya sudah tidak didewakan penganut Zeus,
saya tetap menghiasi beberapa kamar dan rumah orang-orang yang memilih saya sebagai sebuah dari banyak perabut di dalam ruangan mereka.


Saya sudah tidak seanggun pokok Oak seperti 30 tahun yang lalu.
Dan di tahun yang ke-31 ini saya akan menjadi sehebat pokok Willow.


Dulu,
saya adalah pokok Oak,
sekarang saya adalah pokok Willow. 

p/s :
Sayang sekali kedua-dua pokok ini tidak tumbuh di Malaysia.

5 comments:

  1. I search for pokok willow.
    Found your sharing marvellous.
    Thank you

    ReplyDelete
  2. Menarik. Banyak kegunaan pokok willow. Digunakan dalam bidang kesihatan, kecantikan, sukan, pembinaan, perumahan, bahan bakar, barang anyam-anyaman. Banyak memberi manfaat dalam bidang kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Menarik. Banyak kegunaan pokok willow. Digunakan dalam bidang kesihatan, kecantikan, sukan, pembinaan, perumahan, bahan bakar, barang anyam-anyaman. Banyak memberi manfaat dalam bidang kesihatan.

    ReplyDelete