Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Saya kawan siapa?



Mengenang kembali zaman muda,
ketika masih menggendong beg yang sarat dengan buku,
di waktu masih berseragam biru-putih dan bertukar kelabu-putih,
sewaktu masih bersemangat mencari ilmu dari berpuluh guru yang masuk-keluar bilik darjah.
Saya ada semua kenangan itu.
Saya sarat dengan kenangan belajar yang yang menyeronokkan.
Tidak menyangka di depannya saya perlu pula mengajar.


Di zaman-zaman itu saya beroleh kawan.
Kawan yang sekadar singgah kerana berkeperluan.
Kawan yang datang dan tidak pergi hingga hari ini.
Kawan yang hanya bersama ketika melakukan tugasan.
Kawan yang terpaksa saya lupakan.


Saya hargai keberadaan mereka.
Kenapa???
Kerana mereka mengajarkan saya banyak hal.
Dari yang sekecil-kecil perkara kepada hal yang serius.
Saya syukuri kehadiran mereka,


Yang terkesankan dalam hati saya;
sahabat yang bernama Indah Rabiah. Dia unik dengan cara yang tersendiri.
Sahabat saya yang paling baik hati;
namanya Sarullah Lasulu.
Namanya terlalu 'kebugisan'.
Itu pendapat saya.
Dia sentiasa siap-siaga menolong saya.
Dia seperti abang dan keluarga rapat saya di sekolah lama dulu.
Erny Iskandar yang terlalu tegas; selalu teriak-teriak menyuruh kami turun gotong-royong.
Fplorinah yang menjadi tempat saya bertanya itu-ini;
Idah yang tidak menyangka saya akan datang sejauh perjalanan 6 jam untuk bertamu di majlis resepsinya.
Juga Kak Lina yang sentiasa menjaga saya,
menerima saya apa adanya, 
memperbaiki silap saya dengan lemah-lembut.
Dia bermuka penyayang dan berhati murni.
Mereka mewarnai episod persahabatan saya.


Sekarang,
kawan saya sudah berada jauh,
saya temui kawan baru tetapi saya ada syak yang tinggi.
Jadilah mereka hanya kawan biasa sahaja. 
Seperti perumpamaan seorang teman;
'kawan ke kantin'.



No comments:

Post a Comment