Powered By Blogger

Sunday, October 31, 2010

Tiupkan 'masa ribut' itu

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things"


Kita seharusnya meraikan hari ini dengan hebat.
Kerana waktu perjuangan yang kita lalui terasa amat panjang.
Kita sudah kerapkali gagal peperiksaan;
kita juga acapkali melanggar disiplin sekolah dan berakhir dimeja guru disiplin.
Kita sudah banyak kali jatuh cinta, patah hati, jatuh cinta lagi dan patah hati lagi.
Tapi kita tetap optimis,
kita tetap masih berharap. 
Bahawa 'fairytale' bukan hanya ada watak Cinderella dan Snow White.
Ada juga watak 'kita'.
Kita sudah jauh berjalan dan sampai ke saat ini.
Kita sudah punya kerja yang suatu waktu dulu adalah hal yang tidak kita risaukan.
Kita sudah ada tanggungjawab yang dulu kita lihat sebagai sesuatu yang remeh.
Kita sudah ada 'hidup' yang perlu kita hidupkan.


Untuk masa remaja yang telah kita tinggalkan,
hari ini kita patut meraikannya.
Hakikat bahawa kita telah melalui 'masa ribut' dengan bijaksana.
Hakikat bahawa kita telah melakukan  banyak kesilapan pada 'masa ribut' itu.
Dan kita belajar dengan mengumpulkan kesilapan itu menjadi album 'pengalaman'.
Mari teman-teman saya sekalian,
kita raikan 'masa ribut' yang telah berlalu dengan senyum manis.
Kerana, 
dalam berjuta remaja di zaman kita yang terkalahkan,
kita masih tegak berdiri melawan takdir dan berakhir di sini.
Dengan penuh rendah hati kita boleh bangga mengatakan;
"dulu di zaman remaja, saya telah melawan beratus dewa"


p/s :
Khas untuk kelas 1A 
SMK Abdullah [kini : SMK Panglima Abdullah]
Class of 1993
Room teacher : Madam Carlota Carlito
We are the best, and now we are the greatest. 



Saturday, October 30, 2010

What money can['t] buy

"I have a scarlet letter in my heart"
[In-sun]


Jika diminta untuk menyenaraikannya,
hampir tidak ada benda di dunia ini yang tidak terbeli oleh duit.
Tapi itu bukan persoalan besar hari ini,
yang menjadi peristiwa besar adalah;
aku mengiringi keluarga sebelah bapaku menghantar duit hantaran ke pihak bakal pengantin perempuan.
How much? All I can say is "Too much".
Too much kerana aku mengenali sedikit bakal pengantin itu;
and for my own perception, that money is too good for her.
[I hope dia tidak berpeluang membaca blog saya ini]

Friday, October 29, 2010

Untuk setiap cerita

"There are three sides to every story; your side, their side and the right side"
[Zig Ziglar]

Cerita kita mungkin tidak sama.
Sebab itulah kita bertemu sangat sekejap.
Kerana, yang semestinya kau temui bukan saya;
dan yang seharusnya saya jumpa bukan kamu.
Kita bertemu di waktu yang salah, di tempat yang salah;
dan yang paling menyedihkan dengan orang yang salah.
Nanti,
di suatu saat yang sangat sesuai,
di suatu masa di mana kita sudah cukup bersedia untuk semuanya,
kita pasti akan bertemu juga dengan orang yang tepat.
Kau dan juga aku,
kita akan sampai ke saat itu.
Dan penantian kita nyata berbaloi. 
Untuk semua kenangan manis antara kita, 
simpan cebisannya saja, selebihnya buangkan jauh-jauh.
Untuk sajak Pak Sapardi itu,
simpan juga sehingga kau menemui cinta yang lebih sederhana dari cintaku.


p/s :
Aku mencintainya dengan cara yang paling sederhana.
Dan kerana kesederhanaan itu juga aku berhenti mencintainya setelah dia menemui cinta yang lebih sederhana dari cintaku.

Wednesday, October 27, 2010

Maaf

"Forgiveness is the sweetest revenge"
[Isaac Friedmann]

Maaf;
saya belum sedia untuk memaafkan kalian.
saya juga belum mampu melupakan perbuatan kalian terhadap saya.
Memaafkan kalian seperti sama maksudnya dengan menjual harga diri saya.
Melupakan perbuatan kalian kepada saya samalah maknanya dengan menghalalkan semua kata-kata kesat yang anda lemparkan kepada saya dan ibu bapa saya.
Mungkin situasi itu menyulitkan lagi untuk saya memaafkan kalian;
di mana kalian telah melukai hati ibu bapa saya dengan sangat dalam.
Mungkin juga lebih mudah memaafkan kalian jika fakta hubungan kita berbeza;
di mana kalian adalah saudara rapat bapa saya;
dan sepatutnya kalian melindungi kami bukan melukai.
Tidak tahu bila saat itu akan tiba;
saya juga menantikannya. 
Saat terbaik di mana;
saya sudah bersedia memaafkan kalian 
dan melupakan semua perbuatan kalian terhadap saya.
Saat terbaik bila mana saat saya berjumpa kalian saya sudah tidak terbayang lagi akan perbuatan kalian yang menusuk-nusuk hati saya, yang membuat saya ingin menangis.
Saya menantikan juga saat itu;
meskipun saya rasa saatnya sungguh sulit untuk terwujudkan.


p/s : 
Saya juga pernah menyakiti hati orang lain,
dan saya tidak memaksa mereka memaafkan saya. 
Kerana, memaafkan orang bukan hal yang mudah. 

Tuesday, October 26, 2010

How I love Sapardi Djoko Damono

"HATIKU SELEMBAR DAUN"

Hatiku selembar daun melayang jatuh dirumput.
Nanti dulu, biarkan sejenak terbaring di sini.
Ada yang masih ingin ku pandang,
yang selama ini sentiasa luput.
Sesaat adalah abadi sebelum kau sapu tamanmu setiap pagi.



"AKU INGIN"

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
Dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang membuatnya terbakar.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang membuatnya tiada.

"SEPERTI KABUT"

Aku akan menyayangimu seperti kabut,
yang raib dicahaya matahari.

Aku akan menjelma awan,
hati-hati mendaki bukit
agar bisa menghujanimu.

Pada suatu hari yang baik nanti.

"HUJAN & LAMPU JALAN"

Hujan yang mengenakan mantel,
Sepatu panjang dan payung berdiri di samping tiang listrik.
Katanya kepada lampu jalan;
'Tutup matamu dan tidurlah, biar kujaga malam'.



How I love Tuesday

Kenapa saya begitu mencintai Tuesday???
Selain fakta bahawa saya dilahirkan pada hari ini [Tuesday];
Tuesday menjadi hari yang paling saya sukai kerana cerita-cerita ini;


"It's us. We're not here. We have a life. Get over it"
[Lorelai]

"Nothing could be farther from the truth"
[Sue Thomas]

"Death ends a life, not a relationship"
[Morrie]




Dan Tuesday sentiasa akan menjadi hari yang paling saya nantikan setiap minggu.
Sampai nanti Tuhan bilang;
sudah tidak ada lagi Tuesday untuk saya.

Monday, October 25, 2010

Tidak ada hujan dibulan Oktober [?]

/5/ Ada sebuah hujan, ku simpan lebatnya dalam ingatan.
/6/ Kita berbagi hujan, aku dapat dinginnya, kau dapat basahnya. Adilkan?
[ihsan : Hasan Aspahani; Karikatur orang kedinginan]


Saya kira bulan ini tidak akan ada hujan yang turun.
Mungkin dipengaruhi oleh ramalan-ramalan orang.
Mungkin juga saya membuat spekulasi dari panas matahari beberapa waktu belakangan.
Menurut saya;
Kita terlalu banyak merunguti hidup.
Kita merunguti tentang hari hujan;
manakala hati kita menginginkan supaya cerah.
Kita merunguti punya banyak kerja yang perlu disiapkan;
manakala berjuta orang di luar sana yang masih 'jobless'.
Kita merunguti makanan yang terhidang tidak sedap dan tidak menepati selera;
manakala berbillion manusia di belahan dunia lain tidak punya apapun untuk disuapkan ke mulut.
Kita merunguti perkara-perkara remeh dan melupakan perkara-perkara indah disebaliknya.
Sudah takdir saya hidup dilingkungan yang sebegitu;
orang-orang yang biasa hidup senang;
orang-orang yang selalu 'terlambat mensyukuri nikmat'.
Dan jika pun Tuhan berikan hujan disepanjang bulan ini;
saya harusnya bersyukur.
Dengan fakta bahawa;
bapa saya tidak perlu lagi risau akan tanaman sayurnya yang tidak disiram;
saya juga tidak perlu lagi risau kerana air tersedia banyak untuk mandi yang lama;
juga, saya tidak lagi mengomel-ngomel dengan jalan yang penuh dengan habuk.


Hujan lagi di kampungku. Hujan jugakah di kampungmu?

2 years agooo....

"....ini tawaran terbaik dari tanganku"
/1/
Disanalah kami dua tahun yang lalu.
Berusaha untuk mencari keserasian melalui perbualan tidak berfaedah;
dan bahkan terlupakan selang sesaat.
Di dalamnya aku bermisi besar;
cuba mencari ruang dalam hidupnya untuk aku.
Cuba merisik-risik peluang untuk aku berada dalam perancangan masa hadapannya.
Lalu perbualan kami berakhir dengan drama hantar-menghantar;
dan itulah akhirnya perjuangan kami.
Aku cuba membuat tawaran terbaik kepada DIA;
tapi siapalah aku untuk menawar-nawar  kehendak ALLAH.
/2/
Ini hari yang aku risaukan kemarin.
Dan aku masih memperjuangkan hidup.
Bezanya bukan untuk berada dalam perancangan masa depan siapa-siapa.
Kerana 'dia' juga tidak pernah risau dengan 'siapa yang ada dalam perancangan masa depanku'. 
Ini waktu yang sangat sesuai untuk 'merisaukan' masa depan sendiri. 


p/s : hanya ada dua situasi bila 'kau' berpeluang membaca semua ini. Situasi di mana waktu itu kau sudah tua atau saya khabarkan berita ini saat 'kau' sudah mati. Saya akan selalu ingat bila 25/10 ini kembali lagi tahun hadapan. 

Sunday, October 24, 2010

My busy Sunday

Maaf teman-teman;
Saya tidak boleh 'hang-out' bersama anda di pagi Ahad yang ceria ini.
Saya juga tidak berpeluang membalas mesej anda di FB, malah di HP juga tidak berkesempatan.
Sungguh-sungguh saya sangat sibuk dipagi Ahad ini.
Salahkan mereka ini.
Mereka sungguh berpengaruh besar.
Membazir waktu bersama mereka kelihatan begitu berbaloi.


Sungkyunkwan Scandal














I give my first love to you






















2 days 1 night















Mischievous Kiss






















Buzzer Beat
















nota kaki :
Nanti saya sampaikan salam kalian dengan orang-orang glamer ini. 
Juga akan saya khabarkan bagaimana kalian memuji-muji mereka cantik dan tampan selepas beberapa 'minor surgery'.

Have a beautiful Sunday everyone....

Saturday, October 23, 2010

Pretty Saturday with In-sun

".....and for the first time in my life, I really want to live" 
Namanya In-soon, Park In-sun [or Bak In-soon???].
Dia cuma ingin memulakan hidupnya 'once again'.
Tapi kasihan sekali kerana dia pernah membunuh sahabatnya [tidak disengajakan].
Dan saya tahu bagaimana kejamnya dunia ini untuk yang bernama 'pesalah'.


p/s : saya juga selalu tidak percaya dengan peluang kali kedua. Tapi mungkin sudah sampai waktu yang tepat untuk mengubah pemikiran kotor itu. Dan sekali lagi memulakan kepercayaan bahawa 'everyone can change' [sounds like AirAsia motto; Now everyone can fly]

Friday, October 22, 2010

From the beginning till now...

empeng, vian and me 
Gambar di atas sememangnya bukan permulaan postingan pertama yang baik. 
But I have a gooooood reason, actually too good to tell everyone [bahawa aku ada cuma dua teman; kasihan sungguh!!!]


Mereka berdua ini telah melakukan perjalanan yang hampir sama dengan aku, bezanya mereka ini sudah jauh berjalan berbanding aku. 
Tapi tidak perlu begitu risau kan, sebab situasi kami sudah berbeza; 
ada orang yang ditakdirkan berjalan jauh kerana mencari pengalaman, sementara yang lainnya berjalan jauh kerana mengalami kesesatan. 
Mohon sekali aku berada di situasi yang pertama itu, Amin. 


Kepada wajah yang ada dalam gambar ini, 
kamu masih menjadi teman baik aku dan belum ada yang mahu menggantikan kamu [actually ada, tapi belum selayak kamu; mereka gagal ujian PTK, hahaha...]
Dan kalau akhirnya kamu berpeluang membaca blog ini, tolong belanja aku makan 'sayap lelek' dan 'tiramisu di Secret Recipe'. 
Permintaan yang sangat sederhana kan...???